In this podcast series, Professor Dr. Rafidah Hanim from Faculty of Medicine and Health Sciences USIM, discusses the controversial and contentious topic of LGBTQ. She explains why the LGBTQ movement clashes with religious values and provides an explanation of LGBTQ from a medical and health perspectives. By exploring these issues, she aims to foster a deeper understanding and engagement on this complex topic.

En. Hasnul Amri Jamaluddin telah bergraduasi pada tahun 2018 dan merupakan alumni Program Pengajian Sunnah dan Pengurusan Maklumat dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Anak muda ini mula menceburi sektor pertanian dalam penanaman nenas pada tahun 2020. Pasaran eksport pertanian terhadap nenas MD2 yang tinggi menyebabkan En. Hasnul mengambil keputusan untuk memiliki ladang nenas selain nenas mampu memberikan khasiat tersendiri kepada si pemakan. Kini beliau memiliki ladang nenas seluas 17 ekar berbanding 8 ekar pada tahun lalu. Harapan beliau adalah ingin menjadi pengeluar nenas utama di Malaysia.

Dengarkan episod kali ini bersama En Hasnul, untuk mendengar apakah semangat yang beliau suntik untuk bergelar Usahawan Tani Berjaya.

Surah ini merupakan satu pukulan kepada hati-hati orang yang mendustakan kedatangan hari pembalasan melalui pembentangan gambaran keadaan manusia pada saat kematian, kebangkitan, perhimpunan dan pembalasan. Surah ini menampilkan kisah Firaun sebagai contoh keingkaran manusia dan kesudahannya. Ia bermatlamat untuk memberi peringatan kepada mereka yang ingkar kepada Nabi Muhammad S.A.W

Sumber : Al-Quran Al-karim Mukhtasar Al-Bayan



Surah Al-Nazi’at (Arab: سورة النازعات ) ialah surah ke-79 dalam al-Quran. Surah ini terdiri dari 46 ayat. Dinamakan An Naazi’at yang bererti “malaikat-malaikat yang mencabut” berasal dari kata An Nazi’at yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Objektif surah ini ialah peringatan kepada manusia tentang asal-usulnya, hikmah penciptaannya dan destinasinya yang terakhir. Antara isi kandungan surah; penghuraian nikmat didalam syurga dan kepentingan sabar dalam berdakwah.

Sumber : Al-Quran Al-karim Mukhtasar Al-Bayan

Surah an Naba´ merupakan surah Ke-78 didalam al-Qur’an setelah surah al Mursalaat dan berada pada awal permulaan juzuk ke-30, iaitu juzuk terakhir dari al Quran yang dikenali dengan “Juzuk Amma”. Di namakan surah an Naba´ (Berita Besar) diambil dari perkataan an Naba´yang terdapat pada Ayat ke-2 Surah ini.

Episod pada kali ini Dr. Amirah Azzeri, Alumni Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan juga pensyarah di fakulti ini membincangkan situasi sukar yang dialami golongan wanita dan kanak-kanak perempuan seawal usia kedatangan haid dalam mendapatkan akses terhadap kelengkapan haid (tuala wanita, tampon, menstrual cup), kemudahan sanitasi, pendidikan (mendapatkan pendidikan dan pengetahuan berkaitan pengurusan haid) dan lain-lain akibat kemiskinan atau beban kewangan. Sekiranya anda mahu tahu apakah kesan jika masalah ini terus menular di kalangan wanita dan apa yang boleh dilakukan untuk menangani masalah ini, anda boleh dengarkan episod ini sehingga ke penghujung.

In the first part of this podcast series, Professor Dr. Rosalina Abdul Salam explains how academics can use ChatGPT to enhance teaching and learning, and how it can improve higher education overall. She provides valuable insights on how this technology can be effectively integrated into educational settings to benefit both educators and learners.

In the first part of this podcast series, Professor Dr. Rosalina Abdul Salam explains how academics can use ChatGPT to enhance teaching and learning, and how it can improve higher education overall. She provides valuable insights on how this technology can be effectively integrated into educational settings to benefit both educators and learners.

Al-Quran merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Sebagai umat Islam, kita perlu sentiasa berusaha untuk memelihara dan menjaga kesucian al-Quran kerana ianya menjadi panduan hidup kita. Mari dengarkan perkongsian oleh Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) berkaitan kaedah yang perlu dilakukan untuk menjaga dan memelihara kesucian al-Quran sehinggalah ianya hendak dilupuskan mengikut tatacara dan kaedahnya yang tersendiri.

Dalam episod UNESCO - USIM Bridging Knowledge Culture (BKC) Siri 2 ini panel membincangkan mengenai pendidikan masyarakat Orang Asli dalam konteks pembangunan negara, memperkenalkan kelompok dan budaya masyarakat Orang Asli, menjelaskan peranan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan (PKPPK) dalam membina kemenjadian murid Orang Asli, peranan PKPPK dalam pemantapan pedagogi serta strategi PKPPK dalam membina pengupayaan pendidikan Orang Asli.
Pengenalan kepada Al-Quran Braille dari sudut definisi, latar belakang, perkembangannya di Malaysia dan hubungkait dengan OKU Penglihatan.