Puisi bukan hanya untuk golongan yang lebih tua; ia adalah bentuk ekspresi yang hidup, bernafas, dan meresap ke dalam setiap generasi. Puisi adalah cara untuk menyampaikan perasaan dan pemikiran yang kompleks, sering kali menggunakan metafora dan imej yang kaya untuk menyampaikan makna yang lebih mendalam.
Ikuti perjalanan dua penyair muda dalam Siri Bakat USIM ini dan terokai pandangan, inspirasi, serta kejayaan mereka. Saksikan perbincangan ini bersama host Nur Rasyiqah Unigkutti dan Amira Alhumaira Akmal serta tetamu Muhammad Zamratur Rahman bin Yussri dan Muhammad Najmie Abdullah, pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).