Surah 'Abasa (Arab: سورة عبس) ialah surah ke-80 dalam al-Quran. Surah ini mempunyai 42 ayat. Dinamakan 'Abasa yang diambil dari kata 'Abasa yang terdapat pada ayat pertama surah ini. 

Surah ini menyebut tentang hakikat dakwah dan kemuliaan orang yang menambil manfaat daripadanya serta kehinaan orang yang berpaling daripadanya. Ia mempunyai objektif mendidik jiwa manusia dalam berdakwah serta mengukuhkan keimanan tentang hari akhirat. Antara lain isi kandungannya turut menceritakan bagaimana dahsyatnya hari kiamat sehingga manusia tidak peduli antara satu sama lain dan perbezaan keadaan orang kafir dan orang beriman. (Sumber Terjemahan Al-Quran Al-karim Mukhtasar Al-Bayan).

Qari

En Muhammad Nur Fathi bin Mohd @ Mohamad

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam,
Pusat Islam USIM

Editorial Technical : En Mohamad Ezaidi Hamid, En Mohd Adib Jumhuri   Promotion : Strategic Communication Centre (StraComm) 
Webmaster :  System Development and Engineering Centre (SDEC)

TOP