Dr. Haji Norakyairee Mohd Raus

Pengarah Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum, FPQS

Dr. Haji Norakyairee Mohd Raus diamanahkan sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum USIM dan telah berkhidmat selama 20 tahun di USIM sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.

Pencapaian terbesar beliau sepanjang menerajui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum ialah apabila Aplikasi Quran Isyarat tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai Aplikasi Quran Isyarat yang pertama di Malaysia baru-baru ini.

Sepanjang perkidmatan beliau di USIM beliau telah terlibat lebih daripada 30 penyelidikan dan inovasi berkaitan Islam dan OKU antaranya Smart Iqra' Braille, Garis Panduan Penerbitan Mushaf al-Quran Braille Malaysia, Pembangunan aplikasi glosari Islam bagi keperluan OKU Pendengaran (i-Sign Islami), Emansipasi Pengajaran dan Pembelajaran Quran bagi OKU dan banyak lagi.

TOP