Siri Podcast kali ini membawakan tema “Campus Life” dengan mengenengahkan pengalaman menarik yang dikongsikan oleh pelajar antarabangsa di USIM. Menampilkan tiga pelajar dari Indonesia iaitu Ahmad Yunus, Siti Hajar Al-Khansa dan Abdul Latif Fikry masing-masing merupakan pelajar di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Menarik tema “Kita Serumpun” yang dikongsikan oleh para pelajar ini adalah tentang pengalaman mereka sepanjang berada di Malaysia, menyambung pengajian di USIM, makanan dan budaya yang telah diadaptasi oleh mereka hinggakan mereka sudah teramat biasa dengan suasana di sini. Tidak ketinggalan juga mereka turut berkongsi tips dan pesanan kepada mereka yang ingin menyambung pengajian di USIM khususnya yang mana mereka pasti bahawa penghijrahan ke Malaysia pastinya berbaloi kerana kita adalah serumpun!

Podcaster

Ahmad Yunus
Pelajar
 Doktor Falsafah Kaunseling
Fakulti
 Kepimpinan dan Pengurusan, USIM

Siti Hajar Al-Khansa
Pelajar Sarjana Muda Kaunseling
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM

Abdul Latif Fikry
Pelajar Sarjana Muda Media Komunikasi
Fakulti
Kepimpinan dan Pengurusan, USIM

TOP