Perkahwinan adalah suatu amalan mulia di sisi Islam di samping menjadi penyebab kegembiraan baginda Nabi SAW. Hal ini demikian kerana perkahwinan adalah wasilah mengembangkan umat baginda SAW. Lantaran itu, bagi menjaga kemaslahatan institusi keluarga ini, Islam telah menggariskan beberapa pedoman penting yang antaranya adalah pemilihan pasangan. Pasangan itu dipilih dengan melihat kepada empat kriteria utama iaitu kecantikan, harta, nasab dan agama. Setiap satu kriteria ini sudah pasti punyai sebab tertentu dalam menjamin kebahagian rumah tangga. Melalui pentas TSI ini, para panel akan nasab sebagai fokus perbincangan. Slot ini akan mengupaskan kepentingan nasab dalam menjamin keharmonian rumah tangga, adat merisik Melayu untuk mengetahui nasab keturunan pasangan, penyakit-penyakit warisan keluarga dan lain-lain.
Dr. Nik Mohd Shafikudin Md Tajuddin
Pengarah
Pusat Kesihatan Universiti
YBhg. Prof. Dr. Mohd Fadzillah Abdul Razak
Dekan
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan