En. Syed Firdaus Iqmal Syed Zahir merupakan anak jati Negeri Sembilan. Beliau telah mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka dalam Kelas Aliran Agama, sebelum menjadi pelajar Tahmidi Perakaunan dan Muamalat di USIM. Kesetiaan beliau kepada USIM menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk terus menuntut ilmu di USIM dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam di Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Kini, beliau bekerja di sebuah bank di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor selain menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang perbankan di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) menerusi tajaan Bank Negara Malaysia.

Podcaster

En. Syed Firdaus Iqmal Syed Zahir
Alumni Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia

TOP