Dalam episod UNESCO - USIM Bridging Knowledge Culture (BKC) Siri 1 ini, panel membincangkan initiatif penyelidikan berasaskan komuniti yang dijalankan oleh Mizan K4C Hub, selaku hub berdaftar UNESCO di USIM bersama rakan penyelidik IPG, NGO, dan komuniti Orang Asli. Penyelidikan ini telah dijalankan pada tahun 2021 dan 2022 bertempat di Kampung Guntur and Tengkek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Penyelidikan ini didaftarkan sebagai salah satu projek di bawah inisiatif UNESCO Bridging Knowledge Culture (BKC) berpusat di UVic. BKC ini merupakan projek penyelidikan berskala antarabangsa untuk mengkaji pendekatan dan kaedah terbaik penyelidikan berasaskan komuniti.
Prof. Madya Dr. Mahazan Abdul Mutalib@Taib
UNESCO Knowledge for Change (K4C) Mentor,
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM