En. Hasnul Amri Jamaluddin telah bergraduasi pada tahun 2018 dan merupakan alumni Program Pengajian Sunnah dan Pengurusan Maklumat dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Anak muda ini mula menceburi sektor pertanian dalam penanaman nenas pada tahun 2020. Pasaran eksport pertanian terhadap nenas MD2 yang tinggi menyebabkan En. Hasnul mengambil keputusan untuk memiliki ladang nenas selain nenas mampu memberikan khasiat tersendiri kepada si pemakan. Kini beliau memiliki ladang nenas seluas 17 ekar berbanding 8 ekar pada tahun lalu. Harapan beliau adalah ingin menjadi pengeluar nenas utama di Malaysia.

Dengarkan episod kali ini bersama En Hasnul, untuk mendengar apakah semangat yang beliau suntik untuk bergelar Usahawan Tani Berjaya.

Podcaster

En. Hasnul Amri Jamaluddin

Alumni Program Pengajian Sunnah dan Pengurusan Maklumat
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM

Production Manager : Ms Aliah Zaharudin  Technical Producer & Sound Editor : Mr Shaiful Sharizal Mohd Sadi
Marketing & Promotion : Strategic Communication Centre (StraComm)  Webmaster :  System Development and Engineering Centre (SDEC)

TOP