Original Article Reference

This Podcast is a summary of the article ‘Maqasid Syariah Menurut Imam Al-Ghazali dan Aplikasinya dalam Penyusunan Undang-Undang Islam di Indonesia’, from Malaysian Journal of Syariah and Law. DOI: https://doi.org/10.33102/mjsl.vol9no2.315

Tidak boleh dinafikan bahawa Imam al-Ghazali merupakan pelopor yang melakar kerangka ilmu Maqasid Syariah. Hal ini dibuktikan dengan wujudnya karya Imam al-Ghazali pada abad ke-5 yang berjudul “al-Mustasfa min ‘Ilm al-Usul” dan “al-Mankhul min Ta’liqat al-Usul”. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui bagaimana teori Maqasid Syariah menurut Imam al-Ghazali dan bagaimana aplikasinya dalam Penyusunan Undang-Undang Islam di Indonesia.  Kajian ini merupakan kajian kepustakaan (library research) yang bersumber langsung daripada  kitab al-Mustasfa dan al-Mankhul karya Imam al-Ghazali serta naskah Kompilasi Hukum Islam (KHI) dalam bab perkahwinan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa konsep Maqasid Syariah telah diterapkan pada beberapa perkara pada bab perkahwinan, seperti dalam perkara hukum berkaitan pendaftaran perkahwinan dan hukum taklik talak. Adapun jenis Maqasid Syariah yang  digunakan dalam penentuan hukum-hukum tersebut ialah Maqsad ad-Daruriyyah dengan menjaga harta (hifz al-mal), menjaga nyawa (hifz an-nafsi), dan menjaga keturunan (hifz an-nasl).

Podcaster

 

 

 

Associate Professor Dr. Mualimin Mochammad Sahid

Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Author

Khairil Anwar Al Jufri
Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN) Bengkalis

Mohd Soberi Awang
Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia

Mualimin Mochammad Sahid
Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia

Connecting Your Research With Society

TOP