Dapatkan Buku Ini

Kedai Buku Penerbit USIM | Mybookstore USIM | Shopee Penerbit USIM

Buku ini membincangkan beberapa aspek kejadian melalui ciptaan-Nya untuk menyaksikan kebesaran Allah SWT. Penyaksian ini memerlukan ilmu supaya manusia dapat merasai kewujudan semua ini yang datangnya daripada pencipta yang mutlak iaitu Allah SWT. Bidang ilmu yang pelbagai di alam sebaiknya boleh membawa kepada penyaksian bahawa alam ini dijadikan melalui kebesaran dan kebijaksanaan Allah SWT yang mengaturnya. Syariat Islam tidak pernah menghalang ahli sains untuk mengemukakan teori, membuat penyelidikan dan menghasilkan penemuan baharu dalam bidang sains. Sains pula merupakan salah satu bidang ilmu yang membincangkan fenomena alam fizikal sahaja melalui proses pemerhatian, eksperimen dan induksi,

Buku Rahsia di Sebalik Ilmu Fizik adalah satu usaha kecil bagi membawa pembaca menyaksikan kehebatan, kekuasaan dan keilmuan Allah SWT dalam mencipta sesuatu dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar kejadian dengan penulisan yang telah dipermudahkan dari kaca mata ilmu fizik. Kejadian yang dirasai dan dinikmati sepatutnya diambil peluang untuk berfikir betapa hebat dan halusnya seni ciptaan-Nya sehinggakan tiada lagi manusia yang mampu mencipta sepertinya. Pembaca juga dibekalkan dengan sedikit asas ilmu fizik yang boleh digunakan untuk memproses kejadian dan menghayati ciptaan Allah SWT sehingga akhirnya dapat menimbulkan rasa penyaksian kepada Allah SWT.

 

Podcaster

 

Profesor Madya Dr. Mohd Azman Hashim @ Ismail
Dekan Institut Sains Islam (ISI) USIM & Fakulti Sains dan Teknologi (FST)

Author

Prof. Madya Dr. Mohd Azman Hashim @ Ismail
Dekan Institut Sains Islam (ISI) USIM & Fakulti Sains dan Teknologi (FST)

Areas of Expertise:
Electrical Energy Storage, Polymer electrolyte, Electrochemical double layer capacitor, Electronics control

More Episodes

Connecting Your Research With Society

TOP