Seni Taranum Al-Quran merupakan salah satu cabang seni suara yang diperdengarkan oleh qari bertujuan untuk mewarnai tuntutan hiburan menurut syariat. Perkembangan seni ini semakin mekar mengikut peredaran zaman sehingga ia diiktiraf sebagai salah satu cabang ilmu yang dikenali sebagai Ilmu Taranum.
Buku ini mengupas pandangan Islam terhadap seni taranum dari aspek hukum dan prinsip. Ia juga membincangkan perkembangan seni taranum dalam budaya masyarakat dari zaman Arab Jahiliyyah, Arab Muslim dan khususnya masyarakat nusantara.
Selain itu, buku ini mengetengahkan tujuh jenis maqamat dalam seni taranum al-Quran iaitu: Bayati, Soba, Nahawand, Rast, Sikah, Hijaz dan Jiharkah.
Ustaz Mohamad Husaini Mahmur
Johan Qari Tilawah Al-Quran Antarabangsa, Malaysia 2024
Dr. Mohd Zaini Zakaria
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia
Prof. Dato' Dr. Adnan Mohamed Yusoff
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia
Prof. Madya Dr. Norakyairee Mohd Raus
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.